Gaza terkini: Mesir bantu bawa keluar 7,000 warga asing dari Gaza

Gaza terkini: Mesir bantu bawa keluar 7,000 warga asing dari Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Mesir memaklumkan negaranya akan membantu memindahkan kira-kira 7,000 warga asing dan penduduk yang memiliki dua kerakyatan dari Semenanjung Gaza yang dilanda konflik.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Luar dalam satu kenyataan.

Buat pertama kali selepas pertempuran berterusan antara Israel dan Palestin sejak serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober lalu, lintasan Rafah dibuka semalam untuk membenarkan orang kelaur dari Gaza.

Dalam satu pertemuan dengan diplomat luar negara, Penolong Menteri Luar, Ismail Khairat mengesahkan Mesir sedang bersiap sedia untuk memudahkan pemindahan warga asing dari Gaza melalui lintasan Rafah.

Ismail berkata, proses evakuasi itu melibatkan kira-kira 7,000 warga asing dari lebih 60 negara.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut atau garis masa untuk pelan pemindahan Mesir itu.

Pihak berkuasa Mesir memaklumkan sekurang-kurangnya 76 penduduk Palestin yang cedera dan 335 pemegang pasport asing sudah merentas ke Mesir semalam.

Antara individu yang merentas sempadan terdiri daripada 31 warga Austria, empat dari Itali, lima Perancis dan beberapa penduduk dari Jerman.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Dalam Negeri, Matthew Miller mengesahkan beberapa warga Amerika Syarikat (AS) juga merentas dari Gaza namun enggan memberikan jumlah individu berkenaan.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan hampir 8,800 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan sengit Israel sejak konflik meletus pada 7 Oktober lalu.

Jelasnya, dua pertiga daripada mangsa terbunuh terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya