Gaza terkini: Hampir 200 terbunuh, lebih 700 cedera pengeboman

Gaza terkini: Hampir 200 terbunuh, lebih 700 cedera pengeboman Israel di Jabalia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Dalam tempoh kurang 24 jam, jumlah mangsa pengeboman pertama dan kedua Israel di kem pelarian Jabalia melebihi 1,000 orang.

Menurut laporan terbaharu yang diterbitkan oleh Pejabat Media Kerajaan Gaza, jumlah itu termasuk 195 orang yang disahkan terbunuh dengan 120 masih hilang dan sekurang-kurangnya 777 lagi yang cedera.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyifatkan serangan Israel pada Selasa dan Rabu di Jabalia sebagai mengerikan, manakala Pejabat Hak Asasi Manusia PBB berkata, serangan yang tidak seimbang itu boleh dianggap jenayah perang.

Tentera Israel mengakui serangan itu dibuat bagi menyasarkan seorang komander Hamas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN