Firli Bahuri dianggap penjenayah paling sadis

Firli Bahuri dianggap penjenayah paling sadis

ABRAHAM Samad (kiri) menyifatkan Firli Bahuri sebagai penjenayah paling sadis. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK), Abraham Samad mendakwa Pengerusi KPK, Firli Bahuri sebagai tokoh penjenayah paling sadis.

Perkara itu disampaikan Abraham selepas Firli secara rasmi dinamakan sebagai suspek kes peras ugut terhadap bekas Menteri Pertanian, Syahrul Yasin Limpo.

“Kenapa saya kata penjenayah itu paling sadis? Bayangkan, dalam jenayah rasuah kalau kita lihat rentetannya ada jenayah suapan, rasuah, peras ugut dan sebagainya tetapi tahap paling sadis ialah peras ugut,” katanya ketika ditemui Kompas.com.

Abraham berpandangan tiada apa yang perlu dipertahankan daripada proses undang-undang yang sedang menjerat Firli ketika ini dan menganggap siasatan yang dijalankan Polis Daerah Metro Jaya sudah lengkap.

“Kalau kita lihat proses perundangan, proses penyiasatan yang dijalankan oleh polis tidak begitu mudah sebaliknya mengambil masa yang lama sehinggakan bukti yang dikumpul polis tidak boleh dipertikaikan lagi.

“Tidak mungkin lagi kita berhujah bahawa Firli adalah mangsa, beliau adalah penjenayah paling sadis,” katanya.

Rabu lalu, Polis Daerah Metro Jaya menamakan Firli sebagai suspek kes dakwaan jenayah rasuah berbentuk peras ugut atau menerima gratuiti dan pasukan penyiasat dilaporkan membuat pemeriksaan terhadap 91 saksi termasuk Firli, Syahrul Yasin serta pembantu mereka.

Penyiasat turut menggeledah rumah Firli di Villa Galaxy Bekasi, Jawa Barat dan Jalan Kertanegara di Jakarta Selatan.

Syahrul Yasin disyaki diperas ugut berhubung pengendalian dakwaan kes rasuah di Kementerian Pertanian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN