50,000 orang hilang tempat tinggal akibat pertempuran Myanmar

50,000 orang hilang tempat tinggal akibat pertempuran di utara Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Hampir 50,000 orang awam kehilangan tempat tinggal akibat pertempuran yang berlaku di utara Myanmar.

Angka itu didedahkan oleh Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOCHA) dalam laporan kemas kini.

Pertempuran antara tentera junta dan pemberontak etnik minoriti semakin mengganas sejak dua minggu lalu.

Malah, pertempuran meletus di seluruh negeri Shan berhampiran sempadan China yang disifatkan oleh para penganalisis bahawa berpotensi menimbulkan cabaran ketenteraan kepada junta Myanmar sejak rampasan kuasa pada 2021.

Tentera Perikatan Nasional Demokratik Myanmar (MNDAA), Tentera Pembebasan Kebangsaan Ta’ang (TNLA) dan Tentera Arakan (AA) mendakwa pasukan mereka mengawal puluhan pos tentera, serta menyekat laluan perdagangan penting ke China.

“Sehingga semalam, hampir 50,000 orang di utara Shan dipaksa berpindah,” jelas UNOCHA.

Menurut UNOCHA, perkhidmatan internet dan telefon di luar bandar Lashio di Shan mengalami gangguan sehingga menghalang respons kemanusiaan terhadap pertempuran.

Jelas agensi itu, sekatan dikenakan ke atas pengangkutan dan wang tunai turut menghalang usaha kumpulan misi kemanusiaan tempatan menghulurkan bantuan.

“Seramai 40,000 orang lagi hilang tempat tinggal disebabkan pertempuran antara tentera dan penentangnya di wilayah jiran Sagaing dan negeri Kachin sejak awal November,” jelas UNOCHA. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya