39 bayi maut akibat kekurangan oksigen di Gaza - Utusan Malaysia

39 bayi maut akibat kekurangan oksigen di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan pada Sabtu mendedahkan 39 bayi meninggal dunia di unit rawatan rapi Hospital Al-Shifa Gaza akibat kekurangan oksigen.

Hospital itu yang terletak di Semenanjung Gaza terjejas teruk akibat serangan Israel baru-baru ini, lapor Agensi Anadolu.

Serangan darat dan udara oleh Israel di Hospital Al-Shifa dan kawasan berhampiran berlanjutan selama enam jam, menurut saluran televisyen Palestin.

Pada Jumaat, pesawat Israel memperhebat serangan ke atas hospital di Semenanjung Gaza.

Ia termasuklah sekitar Hospital Al-Shifa, Hospital Indonesia, Hospital Al-Awda, Hospital Al-Quds dan Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi.

Sekurang-kurangnya 11,078 rakyat Palestin terbunuh, termasuk 4,506 kanak-kanak dan 3,027 wanita setakat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN