18 lagi penduduk Palestin dibunuh di Tebing Barat

18 lagi penduduk Palestin dibunuh di Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Sekurang-kurangnya 18 penduduk Palestin dibunuh oleh tentera Israel dalam satu serbuan dilakukan di Tebing Barat.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan penduduk Palestin terbunuh di wilayah diduduki sejak konflik baru-baru ini memuncak meningkat kepada 181 orang.

Lapor Agensi Anadolu, Kementerian Kesihatan menerusi kenyataan memaklumkan seorang lelaki berusia 51 tahun maut ditembak di bandar Beit Fajjar manakala penduduk berusia 30 tahun pula dibunuh di bandar Dura di selatan Hebron.

Dalam kejadian berasingan, kementerian mengesahkan seramai 16 rakyat Palestin terbunuh dan sekurang-kurangnya 14 lagi cedera akibat serbuan tentera Israel di kem pelarian Jenin di Tebing Barat.

Sekumpulan saksi memaklumkan tentera Israel melakukan serbuan di kem pelarian Jenin dan al-Amari.

“Beberapa jam selepas tentera Israel membunuh lapan orang dalam serangan ke atas Jenin,” kata saksi.

Seorang lagi saksi memberitahu pasukan tentera Israel melakukan serbuan, memusnahkan beberapa jalan kem pelarian dan merosakkan infrastruktur sehingga menyebabkan pertempuran berlaku dengan kumpulan pejuang Palestin.

“Setelah memasuki dataran tengah Jenin, tentera Israel juga menyasarkan sebuah kawasan dalam kem dengan menggunakan dron,” jelas saksi.

Sementara itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mengesahkan seorang doktor ditembak dengan peluru hidup.

Menurutnya, pasukan perubatannya merawat seorang penduduk Palestin yang mengalami kecederaan di paha semasa pertempuran di kem Balata terletak di bandar Nablus.

Ketegangan memuncak di seluruh Tebing Barat sejak konflik antara tentera Israel dan Hamas tercetus pada 7 Oktober lalu.

Berdasarkan data dari pihak berkuasa Palestin, sekurang-kurangnya 181 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 2,300 lagi ditahan oleh tentera Israel di Tebing Barat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN