Tentera Zionis sasar rumah penduduk awam di Gaza, puluhan lagi terbunuh - Utusan Malaysia

Tentera Zionis sasar rumah penduduk awam di Gaza, puluhan lagi terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Sekurang-kurangnya 33 lagi rakyat Palestin di Gaza maut dalam serangan udara terbaharu tentera Zionis, semalam.

Tentera Israel melancarkan serangan udara terhadap tiga bangunan kediaman di Gaza, menurut laporan agensi berita WAFA.

Kebanyakan mangsa korban adalah wanita dan kanak-kanak.

Sekurang-kurangnya 10 terbunuh apabila Zionis membedil sebuah rumah empat tingkat milik keluarga al-Nadim di kawasan perumahan al-Zaytoun di tenggara Gaza City.

Manakala lapan lagi maut selepas Israel membedil kawasan perumahan di al-Hur.

Di selatan Gaza, tiga penduduk terkorban dan sejumlah lagi cedera apabila satu lagi kediaman dibom Zionis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN