Taufan Hamoon badai Bangladesh: Dua maut, ratusan ribu penduduk dipindahkan - Utusan Malaysia

Taufan Hamoon badai Bangladesh: Dua maut, ratusan ribu penduduk dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COX BAZAR: Kira-kira 275,000 penduduk di Bangladesh dipindahkan ke pusat perlindungan ketika Taufan Hamoon melanda pantai tenggara sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh.

Perkara itu disahkan oleh pihak berkuasa.

Taufan Hamoon merupakan ribut besar terbaharu yang melanda pantai Bangladesh, dengan negara Asia Tenggara menyaksikan peningkatan jumlah kejadian cuaca buruk apabila berlakunya perubahan iklim.

Menurut Setiausaha Kementerian Pengurusan Bencana, Kamrul Hasan, bekalan elektrik terputus dan hujan lebat melanda perkampungan pantai dan pulau.

Namun, katanya, tiada laporan mengenai kerosakan besar berlaku.

“Kami berjaya memindahkan 273,352 penduduk ke pusat perlindungan.

“Sekurang-kurangnya 10 penduduk cedera dan sedang menerima rawatan di hospital,” katanya.

Tambah beliau, dua mangsa maut akibat dihempap ​​pokok tumbang dan bangunan runtuh.

Sementara itu, Pakar Jabatan Meteorologi Bangladesh, Muhammad Abul Kalam Mallik memaklumkan Taufan Hamoon mendarat di daerah pantai Chittagong dan Cox Bazar pada awal pagi tadi, dengan kelajuan angin sehingga 104 kilometer sejam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN