Semakan had umur calon Pilpres 2024 dimuktamadkan

Semakan had umur calon Pilpres 2024 dimuktamadkan

ANWAR USMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ketua Mahkamah Perlembagaan Indonesia Anwar Usman menjelaskan keputusan semakan kehakiman mengenai had umur minimum calon presiden dan timbalan presiden pada pilihan raya Februari tahun hadapan sudah dimuktamadkan.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab pertanyaan wartawan mengenai semakan untuk menurunkan had umur calon presiden dan timbalannya yang dijadualkan dibacakan oleh Mahkamah Perlembagaan pada Isnin depan.

“Kelmarin sudah diputuskan. Insya-Allah jika tiada halangan, sembilan hakim perlembagaan akan menghadiri sidang membacakan keputusannya pada 16 Oktober ini,” katanya.

Umur minimum semasa bagi calon presiden dan timbalan presiden ialah 40 tahun.

Mahkamah sebelum ini menerima tujuh permohonan semakan kehakiman yang menggesa had umur diturunkan kepada 35 tahun.

Pembacaan keputusan itu dilakukan empat hari sebelum pendaftaran calon dibuka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) Indonesia pada 19 Oktober ini. 

Jika permintaan menurunkan had umur dibenarkan, anak sulung Presiden, Joko Widodo (Jokowi) yang kini memegang jawatan Datuk Bandar Solo, Gibran Rakabuming Raka boleh mara ke Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024. 

Gibran sebelum ini mengakui Pengerusi Parti Gerindra, Prabowo Subianto berkali-kali meminta beliau bergandingan dengannya sebagai calon timbalan presiden walaupun usianya baru mencecah 36 tahun.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN