Satu maut, puluhan cedera akibat gempa bumi Afghanistan - Utusan Malaysia

Satu maut, puluhan cedera akibat gempa bumi Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HERAT: Gempa bumi sekuat 6.3 skala Richter yang menggegarkan barat Afghanistan menyaksikan seorang maut dan pulihan lagi cedera, menurut polis dan menjangkakan angka itu meningkat dalam masa terdekat.

USGS sebelum ini memaklumkan pusat gempa terletak 40 kilometer ke barat laut bandar Herat dan diikuti dengan beberapa gempa susulan berukuran 5.5 Richter.

Menurut penduduk setempat, gegaran yang dirasakan amat kuat sehingga ramai yang lari bertempiaran.

Kekecohan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 25 orang cedera.

“Kami berada di pejabat apabila tiba-tiba gegaran berlaku. Dinding mula retak dan ada yang runtuh, kami berasa amat takut,” kata seorang penduduk Herat, Bashir Ahmad.

Jurucakap Pengurusan Bencana Kebangsaan, Mullan Jan Sayeq berkata, jumlah kematian itu mungkin meningkat dalam masa terdekat, terutamanya di kawasan perkampungan.

“Ketika ini, kami tidak dapat berikan maklumat lanjut, namun kami percaya jumlah korban boleh meningkat memandangkan berlaku tanah runtuh di kawasan pergunungan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN