Raja Jordan beri amaran tindakan Israel burukkan isu pelarian di negara jiran - Utusan Malaysia

Raja Jordan beri amaran tindakan Israel burukkan isu pelarian di negara jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN: Raja Jordan, Raja Abdullah II memberi amaran dalam pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken tentang pemindahan penduduk Palestin ke negara jiran ketika Israel bersedia melakukan serangan besar-besaran di Gaza.

Jelasnya, Jordan sudah menerima kehadiran lebih dua juta pelarian Palestin dan amat sensitif terhadap sebarang pergolakan di barat negara itu.

“Krisis itu tidak seharusnya disebarkan ke negara jiran dan memburukkan lagi isu pelarian,” katanya kepada Blinken menurut kenyataan istana.

Pegawai AS dilaporkan bekerjasama dengan Mesir yang bersempadan dengan Semenanjung Gaza dalam rancangan untuk membuka koridor keselamatan ketika Israel merancang serangan darat yang besar.

“Dalam rundingan dengan Blinken, Raja Abdullah II menyeru pembukaan koridor kemanusiaan untuk membolehkan kemasukan keperluan asas segera ke Gaza serta usaha melindungi orang awam selain menghentikan peperangan di kawasan berkenaan,” jelas kenyataan itu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN