Pemerintah Afrika Selatan sokong perjuangan Hamas - Utusan Malaysia

Pemerintah Afrika Selatan sokong perjuangan Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG – Parti pemerintah Afrika Selatan menegaskan tindakan Hamas menyerang Israel tidak mengejutkan kerana rejim Zionis terus menjajah tanah Palestin.

Kongres Nasional Afrika (ANC) menerusi jurucakapnya, Mahlengi Bhengu-Motsiri berkata, pejuang Palestin tidak mempunyai banyak pilihan selain memilih ‘kebangkitan perang’ sebagai cara menamatkan keganasan dan penaklukan berterusan Israel.

Menurut Mahlengi, ANC mewajarkan sokongan kemanusiaan terhadap Genting Gaza dan Tebing Barat kerana wilayah didominasi penduduk Islam itu telah sekian lama ditindas iaitu situasi sama dialami penduduk berkulit hitam di Afrika Selatan semasa era aparteid.

“Perlakuan ganas dan diskriminatif Israel ke atas warga Palestin memenuhi seluruh ciri aparteid yang melanggar undang-undang antarabangsa.

“Sebagai orang Afrika Selatan, kami enggan berdiam diri ketika aparteid sedang berlaku dan dilakukan lagi,” katanya.

Justeru, katanya, ANC tidak boleh berselindung dan perlu berdiri bersama rakyat Palestin kerana keadaan keselamatan yang merosot secara terang-terangan berpunca daripada pendudukan haram Israel.

Aparteid merujuk kepada sistem pemisahan kaum di Afrika Selatan yang berakhir pada tahun 1994.

Israel telah mengamalkan rejim sama terhadap rakyat Palestin sejak 1948, apabila ia merampas tanah dan mengisytiharkan kewujudannya di seluruh Palestin selepas perang yang disokong Barat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya