PBB bertikam lidah, nyawa penduduk Gaza terus diragut Zionis

PBB bertikam lidah, nyawa penduduk Gaza terus diragut

SEORANG lelaki tidak dapat menahan kesedihan melihat jenazah kakaknya yang terkorban akibat serangan udara Zionis di Rafah, Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari negara Arab dan Israel saling bertikam lidah dalam Perhimpunan Agung PBB berhubung konflik yang melanda Palestin dan Israel ketika ini.

Perbalahan itu berlaku ketika Semenanjung Gaza masih terus dibedil serangan udara tentera Zionis, mengakibatkan ratusan lagi penduduk Palestin syahid, terutamanya golongan kanak-kanak.

Terdahulu, Majlis Keselamatan PBB (UNSC) gagal mencapai resolusi untuk meredakan konflik yang berlaku.

Sehubungan itu, beberapa negara Arab berharap perhimpunan kali ini mampu ‘bertindak sewajarnya’, demi keamanan di bumi Palestin.

Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi yang mewakili 22 negara Arab menuduh Israel ‘menjadikan Gaza seperti neraka dunia’.

“Penduduk Palestin, terutamanya di Gaza akan dihantui trauma sehingga beberapa generasi akan datang.

“Kepada Israel, alasan anda untuk mempertahankan diri bukanlah satu tiket untuk anda meragut nyawa yang tidak berdosa.

“Jelas ini adalah jenayah perang dan sudah tentu ia perlu dihentikan segera, takkan dunia tidak nampak apa yang dilakukan Israel?,” katanya.

Tentera Zionis terus melancarkan serangan di Gaza dengan jumlah kematian rakyat Palestin ketika ini melebihi 7,000 orang dan dijangka meningkat drastik dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, jika PBB mahu menghentikan konflik yang berlaku, tindakan perlu diambil segera, keadilan perlu ditegakkan.

Jordan sebelum ini sudah pun menyediakan resolusi, namun masih belum diundi.

Resolusi itu mengandungi beberapa perkara, termasuk situasi kemanusiaan, gesaan gencatan senjata dan akses kemanusiaan yang lancar ke Semenanjung Gaza.

Namun, Duta Israel ke PBB, Gilad Erdan mengkritik resolusi berkenaan dengan menyatakan negara Arab sibuk meminta konflik diredakan sedangkan Hamas yang memulakannya dahulu.

“Mereka asyik minta, desak supaya konflik ditamatkan, tapi mereka sedikit pun tidak menyatakan siapa yang mulakan perang ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya