Netanyahu dikritik selepas tuduh ketua pertahanan gagal beri amaran serangan Hamas

Netanyahu dikritik selepas tuduh ketua pertahanan gagal beri amaran serangan Hamas

SEORANG daripada wakil keluarga yang dijadikan tebusan oleh Hamas memegang poster wajah Benjamin Netanyahu dengan cap tangan merah sebagai protes di Tel Aviv, Israel. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ibarat ‘meludah ke langit, muka sendiri yang basah’ apabila berdepan kritikan tajam selepas beliau menuduh barisan ketua keselamatannya gagal memberi amaran mengenai serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Netanyahu memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran dalam media sosial sebelum ia dipadam selepas banyak pihak kurang senang dengan sikap beliau.

“Tiada satu pun amaran diberikan kepada Perdana Menteri mengenai niat Hamas untuk memulakan perang ini.

“Sebaliknya, semua pegawai pertahanan hanya menilai Hamas ‘tidak mampu lakukan apa-apa’,” tulis Netanyahu dalam platform X.

Selepas dikecam, Netanyahu kemudiannya memohon maaf dan memaklumkan semua pemimpin keselamatan Israel ‘sentiasa mendapat sokongannya’.

Insiden itu merupakan ‘satu daripada kemarahan’ yang diluahkan oleh masyarakat dunia, termasuk penduduk Israel sendiri terhadap Netanyahu selepas serangan Hamas sebelum ini.

Israel mendakwa, serangan itu menyaksikan sekurang-kurangnya 1,400 penduduknya terbunuh dan Hamas menahan 200 orang sebagai tebusan.

Selain itu, anggota Kabinet Netanyahu juga menzahirkan rasa tidak puas hati dengan sikap beliau yang disifatkan ‘terlalu terburu-buru’.

“Sebagai pemimpin, beliau perlu menunjukkan tanggungjawab ketika negara sedang berperang. Sebarang kenyataan atau tindakan yang tidak jelas boleh menjejaskan kekuatan pertahanan,” kata seorang daripada anggota Kabinetnya, Benny Gantz.

Hantaran yang dibuat Netanyahu itu muncul ketika beliau sudah pun berdepan tekanan dan daripada keluarga tebusan yang mendesak supaya pemimpin Israel itu segera menyelamatkan keluarga mereka.

Kebimbangan mereka memuncak apabila Israel meningkatkan operasi ketenteraan darat di Gaza.

Dalam pada itu, keluarga tebusan kecewa dengan pihak berkuasa Israel yang dilihat lebih mementingkan perang dan balas dendam berbanding menyelamatkan penduduk yang dijadikan tawanan.

“Jika mereka (Israel) ingin selamatkan keluarga kami, dari dulu sudah lakukan, dan ketika ini, mereka hanya ingin berperang serta balas dendam.

“Bagaimana juga kami ingin pastikan yang semuanya masih hidup apabila Israel terus mengebom Gaza? ,” ujar Uri Goren yang sepupunya ditawan Hamas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN