Naib Presiden Equatorial Guinea tayang hidup mewah, rakyat papa kedana

Naib Presiden Equatorial Guinea tayang hidup mewah, rakyat papa kedana

TEODORO Teddy Obiang bergambar di luar penginapan penthouse mewah di New York.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALABO: Anak lelaki Presiden Equatorial Guinea bermegah menyewa penthouse di New York berharga AS$75,000 (RM354,122) semalam ketika 70 peratus penduduk negara itu merana dalam kemiskinan dengan pendapatan kurang daripada AS$2 (RM9.40) sehari.

Lapor Daily Mail, Teodoro Teddy Obiang yang juga Naib Presiden negara itu berkongsi gambarnya berpakaian sut biru sambil merenung keluar dari teres bumbung seluas 2,500 kaki persegi merentasi latar langit New York di laman Instagram baru-baru ini.

Lelaki berusia 55 tahun itu dilaporkan tinggal di The Mark Penthouse, suite seluas 10,000 kaki persegi yang mempunyai lima bilik tidur, enam bilik mandi, dua bilik persalinan dan dua bar.

Perkongsian di laman Instagram itu menerima bantahan serta kecaman daripada warganet yang meminta beliau pulang ke tanah air kerana rakyatnya menderita dalam kemiskinan yang teruk dengan separuh daripada mereka hidup tanpa bekalan air minuman yang selamat.

Obiang yang merupakan anak kepada Presiden Presiden Equatorial Guinea, Teodoro Obiang Nguema Mbasogo dilaporkan mengambil gambar berkenaan ketika berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) pada 21 September lalu.

Dengan menaiki jet peribadi, beliau memberitahu perhimpunan itu dalam ucapannya bahawa Afrika berhak mendapat perhatian, keutamaan menerusi inisiatif sokongan dan pembiayaan pembangunan.

Obiang yang merupakan pengumpul kereta dan peminat sukan lasak pernah didakwa kerana menggelapkan AS$100 juta (RM4.7juta) daripada kekayaan negaranya untuk membiayai gaya hidup mewahnya.

Tahun ini genap tiga dekad Equatorial Guinea terputus daripada program bantuan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kerana rasuah dan isu salah laku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya