Mahkamah Perlembagaan Indonesia kekalkan had umur calon presiden, naib presiden - Utusan Malaysia

Mahkamah Perlembagaan Indonesia kekalkan had umur calon presiden, naib presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Mahkamah Perlembagaan Indonesia hari ini mengekalkan syarat umur minimum yang layak untuk menjadi calon presiden dan naib presiden pada usia 40 tahun.

Penduduk negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu akan mengundi dalam pilihan raya presiden dan pilihan raya umum yang diadakan serentak pada 14 Februari tahun depan.

Mahkamah sebelum ini menerima tujuh permohonan semakan kehakiman yang menggesa had umur diturunkan kepada 35 tahun.

Pembacaan keputusan itu dilakukan empat hari sebelum pendaftaran calon dibuka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU) Indonesia pada 19 Oktober ini.

Keputusan itu secara tidak langsung menyaksikan anak Presiden Joko Widodo (Jokowi),Gibran Rakabuming Raka tidak boleh bertanding sebagai naib presiden berganding dengan Prabowo Subianto.

Hal ini kerana, umur Datuk Bandar Solo itu baru 36 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN