ALMATY: Sekurang-kurangnya 21 orang maut dalam kebakaran membabitkan sebuah lombong milik firma keluli terkenal dunia, ArcelorMittal di Kazakhstan.
Perkara itu dimaklumkan oleh pihak berkuasa tempatan dalam satu kenyataan.
“Kebakaran berlaku di lombong Kostenko mengakibatkan sekurang-kurangnya 21 orang meninggal dunia.
“Seramai 18 mangsa yang mengalami pelbagai tahap kecederaan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” jelas kenyataan itu.
Menurut kenyataan, ketika kejadian, kira-kira 252 pekerja sedang bekerja di lombong berkenaan.
Tambahnya, sekurang-kurangnya 205 pelombong berjaya dibawa keluar ke tempat yang selamat. – AFP










