GAZA: Lebih 900 penduduk Palestin maut dalam serangan udara dilancarkan oleh tentera Israel di Gaza.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, jumlah kematian itu turut merangkumi 260 kanak-kanak dan 230 wanita.
Jelas kementerian, lebih 4,500 orang mengalami kecederaan ketika serangan udara Israel ke Gaza masih berterusan..
Selain itu, kementerian dan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan sekurang-kurangnya 21 orang maut dan 130 lagi cedera di Tebing Barat.
Sementara itu, tentera Israel mendakwa lebih 1,000 orang maut dan lebih 2,800 lagi cedera dalam serangan Hamas di wilayah itu. – AGENSI