700 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan semalaman Israel

Lebih 700 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan semalaman Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Lebih 700 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza semalaman, kata pegawai.

Ia sekaligus menjadikan angka kematian paling tinggi dalam tempoh 24 jam sejak tentera Israel mula membedil wilayah yang dikepung pada bulan ini.

Lapor Al Jazeera, tentera Israel memaklumkan pasukannya melancarkan serangan menyasarkan lebih 400 sasaran Hamas.

Katanya, puluhan pejuang Hamas turut terbunuh dalam serangan itu.

Sementara itu, Jurucakap Kementerian Palestin, Ashraf al-Qedra memaklumkan sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh di beberapa kawasan di seluruh Semenanjung Gaza sejak sejam lalu.

Dalam satu hantaran di aplikasi X, beliau berkata, Israel memperluaskan serangannya dengan menyasarkan beberapa lokasi di seluruh kawasan yang dikepung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN