Lebih 500 rakyat Palestin maut serangan udara hospital Gaza

Lebih 500 rakyat Palestin maut dalam serangan udara sasar hospital Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Lebih 500 rakyat Palestin maut dan ratusan lagi cedera dalam serangan udara Israel menyasarkan sebuah hospital di Gaza.

Lapor Al Jazeera, perkara itu disahkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin.

Hospital al-Ahli berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi ribuan penduduk Palestin yang meninggalkan kediaman mereka di utara Gaza.

Menurut kementerian, hospital itu memainkan peranan penting dalam menawarkan perlindungan kepada orang awam.

“Hospital itu menempatkan beratus-ratus orang yang sakit dan cedera serta penduduk yang dipindahkan secara paksa dari rumah mereka disebabkan serangan Israel,” jelas kementerian itu.

Pihak berkuasa Gaza menyifatkan serangan udara Israel itu sebagai `jenayah perang’.

Dilaporkan, kira-kira 3,000 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan Israel di seluruh Semenanjung Gaza sejak konflik meletus pada 7 Oktober lalu.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam serangan ke atas Hospital al-Ahli Arab dan menuntut perlindungan segera diberikan kepada orang awam dan pekerja kesihatan di Semenanjung Gaza.

“Laporan awal menunjukkan ratusan orang awam terbunuh dan cedera. Hospital itu merupakan antara 20 pusat kesihatan di utara Semenanjung Gaza yang diberi arahan pemindahan oleh tentera Israel,” jelas agensi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya