GAZA CITY: Sekurang-kurangnya lapan wartawan terbunuh dan dua lagi hilang dalam serangan udara Israel ke atas Gaza.
Lapor Agensi Anadolu, pejabat akhbar Palestin mengesahkan wartawan yang maut dikenali sebagai Said al-Tavil, Muhammed Subh, Hisham en-Nawacihe, Ibrahim Lafi, Muhammed Cergun, Muhammed es-Salihi, Esad Shemlah dan Selame Mime.
Jelasnya, keberadaan dua lagi wartawan iaitu Nidal al-Vahidi dan Heysem Abdulvahid masih tidak dapat dipastikan.
Sementara itu, kediaman milik tiga wartawan dilaporkan musnah dalam serangan itu.
Sekurang-kurangnya 40 pejabat media dikatakan menjadi sasaran serangan udara.
Berdasarkan laporan Arab News, angka kematian konflik Palestin-Israel yang berterusan kini mencecah 3,000 orang.