Israel sukar tembusi pertahanan Gaza, Hamas sudah lali dengan taktik Zionis

Israel sukar tembusi pertahanan Gaza, Hamas sudah lali dengan taktik Zionis

KERETA kebal tentera Zionis ditempatkan di selatan Israel yang bersempadan dengan Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Serangan demi serangan darat dilancarkan oleh tentera Israel ke Semenanjung Gaza bermula malam Jumaat lalu sehingga hari ini, namun masih tidak jelas sama ada langkah itu benar-benar mahu menawan Gaza, atau hanya sekadar ‘menguji ketahanan rakyat Palestin’.

Tentera Israel melancarkan dua serangan darat dalamm skop yang terhad di Gaza pada Rabu dan Khamis lalu sebelum berpatah balik ke wilayah sendiri ekoran tentangan yang dihadapi.

Selepas itu, Zionis menghancurkan semua infrastruktur telekomunikasi Gaza dengan harapan isyarat di wilayah itu lumpuh sepenuhnya sejak Jumaat lalu.

Namun, kumpulan pemantau data rangkaian masa nyata menunjukkan bahawa sambungan internet sedang dipulihkan di Gaza.

Perkara itu dimaklumkan kumpulan pemantau internet NetBlocks menerusia laman sosial X.

Beberapa wartawan di Gaza juga memaklumkan mereka sudah boleh membuat panggilan telefon dan mengakses media sosial.

LANGSUNG TIDAK JEJASKAN HAMAS 

Namun, tindakan Israel memusnahkan komunikasi dan menggunakan langkah elektronik di Gaza jelas tidak akan menjejaskan pejuang Hamas yang sudah pakar dengan taktik serta keupayaan tentera Zionis, selain sudah lama bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Beberapa sumber Palestin memaklumkan, Hamas sudah memasang infrastruktur komunikasi ‘kalis Israel’ dalam rangkaian terowong bawah tanahnya di Semenanjung Gaza.

Kumpulan pejuang itu dipercayai memasang puluhan kilometer kabel komunikasi dengan penebat gelombang elektronik bagi mengelakkan dikesan atau dipintas tentera Zionis.

Dipasang di dalam terowong bawah tanah yang dalam, kebanyakannya sudah pasti tidak dapat dikesan Israel.

Alat komunikasi tersebut mungkin menjelaskan bagaimana Hamas melancarkan serangan besar-besaran di Israel pada 7 Oktober lalu.

SASAR TEROWONG HAMAS

Kelmarin, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengakui pasukan tenteranya menyasarkan terowong yang digunakan Hamas untuk melakukan penyusupan.

Zionis juga mendakwa mereka sudah menyerang lebih 150 terowong bawah tanah, namun dakwaan itu diragui pelbagai pihak

Hal ini kerana, amat sukar untuk mengesan jaluran terowong Hamas, namun Israel mungkin boleh mengesan pintu masuk ke terowong berkenaan.

HAMAS TINGKAT BINAAN TEROWONG

Hamas ketika ini komited membina struktur terowong bawah tanah yang lebih moden dan kukuh.

Binaan itu bertujuan melepasi sekatan Israel di kawasan sempadan dan dengan menggali lebih dalam, perkara tersebut memberi kelebihan kepada Hamas untuk memastikan trowong mereka kalis letupan.

Dengan terowong sedalam 20 meter ke dalam tanah, agak mustahil untuk Zionis mengesan jalurannya, apatah lagi melancarkan serangan bagi memusnahkannya.

Jika Israel ingin memusnahkan struktur terowong Hamas, mereka perlu menggunakan senjata khas.

HAMAS SUDAH SEDIA

Selepas berdepan dengan begitu banyak pengeboman, Hamas secara berhati-hati menempatkan semua kemudahannya di bawah tanah, iaitu di bawah struktur terowong.

Terowong tersebut memberikan perlindungan yang sukar ditembusi.

Hal ini kerana, bom dan roket kebiasaannya akan meletup apabila terkena halangan keras, menembusi lantai konkrit pertama, namun tidak mempunyai kekuatan untuk melepasi lapisan halangan yang berikutnya.

MASIH BELUM TUMPASKAN HAMAS

Apa yang lebih penting ketika ini, tiada apa yang ditunjukkan oleh Israel dalam serangan demi serangan yang dilakukannya di bumi Gaza.

Israel mungkin mempunyai pelbagai senjata canggih, namun sehingga kini, tentera Zionis itu tidak mempunyai perancangan kukuh atau idea bagaimana mereka boleh tewaskan Hamas di tempat sendiri.

Tidak mustahil jika semua laporan yang dimaklumkan oleh Zionis itu hanya sekadar ‘cakap kosong untuk sembunyikan kelemahan sendiri’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN