Hamas nafi dakwaan guna hospital untuk tujuan ketenteraan

Hamas nafi dakwaan guna hospital untuk tujuan ketenteraan

AMBULANS yang membawa mangsa serangan Israel memenuhi pekarangan pintu masuk wad kecemasan hospital al-Shifa di Gaza. -AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Kumpulan pejuang Hamas menolak dakwaan Israel kononnya pasukan pejuangnya menggunakan hospital di Gaza untuk tujuan ketenteraan.

Dakwaan itu dilemparkan oleh Israel ketika rejim zionis itu meningkatkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza.

Lapor Al Jazeera, pegawai politik Hamas, Ezzat al-Rishaq menafikan dakwaan Israel bahawa kumpulan pejuang itu menggunakan hospital al-Shifa sebagai `pelindung’ untuk infrastruktur ketenteraan bawah tanahnya.   

Malah, Ezzat turut mengecam dan menyifatkan dakwaan rejim zionis itu sebagai tidak berasas.

Sebelum ini, jurucakap Israel Daniel Hagari mendakwa Hamas `menjadikan hospital sebagai pusat arahan dan kawalan serta tempat persembunyian untuk komander dan anggota kumpulan pejuang itu’.

Hagari juga menuduh Hamas menyimpan bahan api untuk operasi ketenteraan di dalam hospital di Gaza.

Hospital al-Shifa merupakan pusat kesihatan perubatan paling besar di Semenanjung Gaza.

Pusat kesihatan yang terletak di Gaza City itu turut merangkumi tiga hospital pakar.

Beribu-ribu penduduk Palestin berlindung di hospital itu sejak Israel melancarkan serangan dahsyat ke atas Gaza pada 7 Oktober lalu berikutan serangan mengejut Hamas.

Ezzat memberi amaran dakwaan itu merupakan satu percubaan untuk `membuka jalan’ bagi menyasarkan hospital yang ketika ini menempatkan ribuan penduduk Palestin yang cedera dan lebih 40,000 penduduk hilang tempat tinggal.

Penafian itu dibuat ketika tentera Israel meningkatkan serangan ke atas Gaza termasuk serangan udara dan tembakan meriam yang memusnahkan perkhidmatan telekomunikasi di seluruh wilayah Palestin itu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN