Gempa bumi 6.2 magnitud landa utara Filipina - Utusan Malaysia

Gempa bumi 6.2 magnitud landa utara Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter menggegarkan wilayah Cagayan di utara Filipina pada pagi tadi.

Memetik laporan agensi Xinhua, perkara itu dimaklumkan oleh Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.

Menurut institut itu, gempa bumi itu berlaku pada pukul 11.35 pagi (waktu tempatan).

Jelasnya, gempa itu melanda pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 22 kilometer (km) timur laut Dalupiri.

Institut itu memaklumkan gempa tektonik dijangka mencetuskan gegaran susulan namun tidak akan menyebabkan kerosakan.

Kepulauan Filipina mempunyai aktiviti seismik yang kerap disebabkan lokasinya yang berada di sepanjang Lingkaran Api Pasifik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN