Gaza: Lebih 1,300 bangunan musnah dalam serangan Israel

Gaza: Lebih 1,300 bangunan musnah dalam serangan Israel

Gaza makin genting apabila bekalan elektrik, air dan internet disekat oleh zionis Israel.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Lebih 1,300 bangunan di Semenanjung Gaza musnah dalam serangan udara Israel.

Data itu didedahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas hampir seminggu Gaza berdepan serangan udara sengit oleh tentera Israel.

Menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), sebanyak 5,540 unit rumah terletak di bangunan itu musnah.

Jelasnya, kira-kira 3,750 lagi rumah rosak teruk sehingga tidak lagi dapat didiami oleh penduduk.

PBB memantau bilangan penduduk yang meninggalkan kediaman mereka di Semenanjung Gaza, dengan lebih 423,000 direkodkan setakat ini.

Terdahulu, Israel mengarahkan lebih 1.1 juta penduduk di utara Gaza segera berpindah ke selatan semenanjung bagi membolehkan serangan darat dilaksanakan.

Sementara itu, OCHA memaklumkan ramai penduduk di Semenanjung Gaza tidak mempunyai akses kepada bekalan air yang bersih. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya