ANKARA: Serangan pengganas dilaporkan berlaku berhampiran Parlimen Turkiye di Ankarayang menyebabkan dua maut dan dua pegawai polis cedera, lapor Kementerian Dalam Negeri.
Kementerian itu berkata, dua penyerang tiba dengan kenderaan komersial sekitar pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) di hadapan pintu masuk Direktorat Keselamatan Umum Kementerian Dalam Negeri dan melakukan serangan bom.
“Seorang daripada pengganas meletupkan dirinya dan seorang lagi maut di tangan pihak berkuasa.
“Dua pegawai polis mengalami cedera ringan,” tambah kementerian itu di media sosial.
Saluran NTV melaporkan bunyi tembakan kedengaran di daerah tertutup itu kehadiran perkhidmatan kecemasan turut dilihat beberapa minit kemudian.-AFP