GAZA: Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan angka kematian di Semenanjung Gaza meningkat kepada 313 orang.
Data itu didedahkan ketika pasukan tentera Israel melancarkan serangan udara menyasarkan pejuang Hamas pada hari kedua berturut-turut.
Menurut kementerian kesihatan itu, sekurang-kurangnya 1,990 orang lagi cedera dalam pertempuran yang tercetus semalam.
Pertempuran itu bermula selepas pejuang Hamas melancarkan ribuan roket ke Israel dalam serangan mengejut subuh.
Sementara itu, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) memaklumkan jumlah penduduk Israel terbunuh sejak Hamas melancarkan serangan meningkat kepada 350 orang.
Pada satu taklimat diadakan hari ini, jurucakap IDF, Daniel Hagari memaklumkan keutamaan pihaknya adalah untuk menamatkan pertempuran dan mengawal sempadan yang memisahkan Gaza dan Israel. – AFP/AGENSI