GAZA: Sekurang-kurangnya 400 orang terbunuh di seluruh Semenanjung Gaza selepas tentera Israel melancarkan serangan udara dalam tempoh 24 jam lalu.
Media Palestin menyifatkan situasi itu sebagai ‘pengeboman paling dahsyat’ sejak 7 Oktober lalu.
Menurut agensi berita WAFA, sekurang-kurangnya 25 serangan udara Israel menyasarkan kawasan penempatan di Gaza.
Lapor WAFA, kebanyakan serangan juga menyasarkan penduduk awam tanpa sebarang amaran.











