35 maut, lebih 50 cedera nahas jalan raya di Mesir

35 maut, lebih 60 cedera nahas jalan raya di Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dan lebih 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya di Mesir.

Menurut laporan media kerajaan nahas ngeri itu melibatkan sebuah bas dan beberapa kereta.

“Kemalangan ngeri berlaku di jalan padang pasir Kaherah-Alexandria berhampiran Wadi al-Natrun menyebabkan 35 orang maut.

“Sekurang-kurangnya 18 daripada mangsa tersebut rentung,” jelas laman sesawang portal berita Al-Ahram.

BBC melaporkan Kementerian Kesihatan Mesir mengesahkan sekurang-kurangnya 63 mangsa mengalami kecederaan.

Beberapa gambar yang tular dalam media sosial menunjukkan sebuah lori terbabas di laluan laju jalan raya itu.

Nahas itu turut melibatkan sekurang-kurangnya sebuah bas dan sebuah bas mini yang mana kedua-duanya musnah dalam kebakaran, selain banyak lagi kereta terbakar.

Dalam gambar tersebut, orang ramai dilihat berdiri di tepi jalan melihat lokasi nahas dan asap hitam tebal menyelubungi kawasan berkenaan.

Data rasmi menunjukkan kira-kira 7,000 orang terbunuh dalam nahas jalan raya pada 2021 di negara yang merekodkan paling ramai penduduk di Arab. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN