Tiga wanita beri kucing minuman keras buat permohonan maaf

Tiga wanita beri kucing minuman keras buat permohonan maaf

TANGKAP layar video tular kucing diberi minuman keras oleh tiga wanita di Padang, Sumatera Barat.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Rakaman aksi tiga wanita memberi minuman keras kepada seekor kucing di Padang, Sumatera Barat mendapat kecaman warganet selepas video itu tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, ketiga-tiga wanita itu dilihat ketawa sambil merakam aksi mereka menyeksa kucing berkenaan dengan minuman beralkohol hingga haiwan itu kelihatan lemas dan tidak berdaya.

Tiga wanita itu dilaporkan cuba melarikan diri dari rumah sewa yang didiami mereka di Jalan Gurun Laweh namun berjaya ditahan oleh penduduk dan anggota Peduli Kucing Padang (PKP) yang berang dengan perbuatan mereka.

Tiga wanita berkenaan kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengaku akan bertanggungjawab atas perbuatan mereka.

Mereka juga turut berjanji tidak akan memelihara atau mengambil kucing atas sebarang sebab.

“Sebagai tanda rasa menyesal, saya sanggup membayar kos rawatan di klinik veterinar kepada kucing itu setelah diberi minuman beralkohol beserta kos pengangkutan berjumlah 400,00 rupiah (RM122),” kata salah seorang wanita berkenaan dipetik CNN Indonesia.

Dalam permohonan maaf secara terbuka itu, ketiga-tiga wanita berkenaan mengakui bersedia didakwa mengikut undang-undang sekiranya mengulangi perbuatan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN