Sam Altman penerima pertama visa emas Indonesia - Utusan Malaysia

Sam Altman penerima pertama visa emas Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ketua Eksekutif OpenAI, Sam Altman menjadi penerima pertama visa emas di Indonesia.

Ketua Pengarah Imigresen, Silmy Karim dalam satu kenyataan berkata, pengasas bersama ChatGPT itu diberikan visa 10 tahun berikutan sumbangannya yang berpotensi kepada pembangunan kecerdasan buatan di Indonesia.

“Apabila pemegang visa emas tiba di Indonesia, mereka tidak perlu lagi memohon permit tinggal sementara di pejabat imigresen.

“Kami menyediakan permaidani merah sebagai balasan untuk sumber yang mereka sediakan kepada Indonesia,” katanya.

Usahawan teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu juga diberikan visa khas kerana reputasi antarabangsanya sebagai ketua syarikat penyelidikan dan pembangunan kecerdasan buatan.

Indonesia melancarkan visa emas selama lima tahun kepada individu yang membawa pelaburan sebanyak AS$2.5 juta (RM11.61 juta) di negara itu dan 10 tahun jika mereka membelanjakan dua kali ganda jumlah berkenaan.

Indonesia sedang memperluaskan usaha membangunkan ekosistem dan komuniti kecerdasan buatan ketika industri berkenaan berkembang pesat di seluruh dunia.

Altman melawat Indonesia pada bulan Jun lalu untuk bercakap tentang kecerdasan buatan.

Tidak jelas sama ada beliau membuat permohonan visa tersebut kepada pihak berkuasa atau diberikan secara unilateral oleh pegawai di Jakarta.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN