Pengasas tukaran mata wang kripto Turkiye dihukum penjara 11,196 tahun - Utusan Malaysia

Pengasas tukaran mata wang kripto Turkiye dihukum penjara 11,196 tahun

RAKAMAN melalui kamera litar tertutup disiarkan agensi berita Demiroren pada 22 April 2022 menujukkan Faruk Fatih Ozer di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Pengasas Thodex iaitu platform tukaran mata wang kripto Turkiye yang melarikan diri ke Albania serta dua lagi adik-beradiknya, masing-masing dihukum penjara 11,196 tahun, menurut laporan agensi berita Anadolu, semalam.

AFP yang memetik laporan itu melaporkan, pendakwa raya pada awalnya meminta mahkamah menjatuhi hukuman penjara sehingga 40,562 tahun kepada pengasas Thodex, Faruk Fatih Ozer, 29, atas kesalahan pengubahan wang haram, penipuan dan menubuhkan organisasi jenayah.

Dua lagi adik-beradiknya, Serap dan Guven, dijatuhi hukuman sama pada prosiding Khamis lalu.

Ozer dilaporkan melarikan diri pada April 2021 bersama aset pelabur bernilai AS$2 bilion.

Pendakwa raya memaklumkan, Ozer memindahkan 250 juta lira (RM43.5 juta) dalam aset pengguna ke tiga akaun rahsia ketika melarikan diri dengan sebahagian besar wang itu berada di bank Malta.

Tiga beradik itu didakwa secara keseluruhannya menyebabkan pelanggan kerugian 356 juta lira (RM62 juta).

Kes itu menjadi tajuk utama berita tempatan susulan ledakan mata wang kripto di Turkiye.

Warga Turkiye dilihat mula beralih kepada mata wang kripto ekoran kejatuhan nilai lira.

Ozer ditahan di Albania tahun lalu melalui waran tangkap polis antarabangsa (Interpol). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya