Murid 8 tahun jadi mangsa buli, buta dicucuk lidi bakso - Utusan Malaysia

Murid 8 tahun jadi mangsa buli, buta dicucuk lidi bakso

SAMSUL Arif sedih anak perempuannya kini buta gara-gara dibuli pelajar senior bulan lalu.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang murid sekolah rendah berusia lapan tahun dari daerah Gresik di Jawa Timur buta akibat dicucuk dengan lidi bebola daging oleh pelajar senior yang membulinya.

Kejadian tersebut dilaporkan menimpa seorang kanak-kanak perempuan di perkampungan Menganti 7 Ogos lalu ketika menyertai pertandingan sempenan sambutan kemerdekaan Indonesia di sekolahnya.

Bapa mangsa, Samsul Arif, 36, berkata, ketika sedang asyik berlatih di padang sekolah, anak perempuannya yang hanya dikenali sebagai SAH tiba-tiba ditarik seorang pelajar senior menuju ke kawasan lorong berhampiran bilik guru dan memaksanya memberikan wang.

SAH enggan menuruti kehendak pelajar senior itu menyebabkan dia berang dan terus menusuk mata mangsa dengan lidi bakso.

“Saya membawanya ke Hospital Cahaya Giri di Bringkang, Menganti. Kemudian saya dirujuk ke RSMM Jawa Timur, hingga akhirnya saya dirujuk semula ke Hospital Daerah Soetomo.

“Anak saya sudah sebulan tidak ke sekolah. Kalau tengok mata kanannya nampak macam biasa, tapi sebenarnya dia tidak dapat melihat kerana sarafnya sudah rosak akibat tikaman lidi itu.

“Anak saya kini masih trauma dan takut sangat malah sehingga kini masih tidak mahu bercakap banyak,” katanya kepada wartawan Kompas.com.

Samsul berkata, dia dan isterinya sudah cuba meminta pihak sekolah menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekolah itu untuk mengetahui pelajar yang menjadikan anak mereka buta namun, pihak sekolah enggan berbuat demikinan.

 “Saya dah minta pihak sekolah tunjukkan kamera CCTV tapi tidak dibenarkan. Anak saya tak tahu nama pelajar senior itu dan hanya mengecam wajahnya tetapi dia kan tidak boleh melihat lagi sekarang,” kata Samsul. 

Samsul berkata, dia sudah membuat laporan polis dan berharap kes itu akan disiasat segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN