‘Macet sebab ASEAN, saya minta maaf’ - Timbalan Gabenor Jakarta

‘Macet sebab ASEAN, saya minta maaf’ – Timbalan Gabenor Jakarta

KEADAAN jalan utama di Jakarta yang sesak teruk akibat Persidangan ASEAN ke-43 yang berlangsung selama dua hari. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pihak berkuasa Jakarta memohon maaf kepada masyarakat berhubung kesesakan trafik yang semakin kronik di bandar raya ini berikutan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 dari 5 hingga 7 September.

Perkara itu disampaikan oleh Timbalan Gabenor Jakarta, Heru Budi kepada media tempatan, di sini semalam.

Katanya, kesesakan luar biasa yang berlaku di bandar raya ini berpunca daripada banyak jalan ditutup bagi membolehkan persidangan itu berlangsung.

“Sidang kemuncak itu berlangsung dua hari dan saya mohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

“Saya tahu, banyak pengguna jalan raya berasa sulit dan tidak selesa kerana perlu berdepan dengan kesesakan trafik kronik ekoran banyak jalan di tutup.

“Sudahlah Jakarta ini selalu macet, sekarang lagi teruk, saya minta maaf,” katanya.

Jelas Budi, penutupan sejumlah jalan itu bagi membolehkan kenderaan yang membawa delegasi antarabangsa berjalan lancar.

Selain itu, Budi juga menyatakan beliau sudah pun memaklumkan mengenai perkara itu kepada semua syarikat swasta supaya mengambil langkah bekerja dari rumah ketika persidangan itu berlangsung.

“Hanya dua hari perlu kerja dari rumah dan seterusnya boleh bekerja seperti biasa,” ujarnya.

Indonesia menjadi tuan rumah persidangan itu yang melibatkan 10 negara ASEAN buat kali ke-43.

Persidangan itu menyaksikan beberapa isu kritikal dibentangkan di meja perbincangan bersama delegasi kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS), China dan Jepun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN