Lebih 30 terkorban, gempa kuat 6.8 magnitud gegar Maghribi - Utusan Malaysia

Lebih 30 terkorban, gempa kuat 6.8 magnitud gegar Maghribi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Gempa bumi kuat dengan magnitud 6.8 melanda tengah Maghribi yang meragut puluhan nyawa.

Seorang pegawai berkata, sekurang-kurangnya 30 orang dilaporkan meninggal dunia.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa berada di Pergunungan Atlas, 71 kilometer (km) di barat daya Marrakesh pada kedalaman 18.5km.

Gempa itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu tempatan).

Klip video yang tidak disahkan pada laman X menunjukkan bangunan rosak dan kawasan jalan yang dipenuhi taburan runtuhan.

Orang ramai turut dilihat melarikan diri dalam keadaan cemas.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN