‘Kita orang Indonesia, mesti makan nasi’

‘Kita orang Indonesia, mesti makan nasi’

JOKO Widodo memberi jaminan bekalan beras di Indonesia mencukupi dan harganya semakin stabil. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seperti negara lain, Indonesia turut terkesan apabila India menghentikan eksport beras sehingga menyaksikan harga bekalan itu di negara ini meningkat, malah masyarakat mengeluh dengan keadaan itu.

Namun, kerajaan pimpinan Joko Widodo (Jokowi) mula mengambil beberapa langkah bagi memastikan bekalan beras mencukupi, selain harga bahan makanan itu juga stabil.

Jokowi menyatakan, usaha kerajaan itu mula menunjukkan hasil apabila harga beras di seluruh negara semakin turun.

Bagaimanapun beliau tidak menyebut berapa peratus penurunan harga tersebut.

“Kita sudah lakukan yang terbaik untuk pastikan beras kita cukup, beras kita harga stabil, semuanya untuk rakyat.

“Harga beras kita pun sudah turun sedikit dan saya harap keadaan ini akan kekal supaya rakyat tidak rasa terbeban, lagipun stok kita ada.

“Kita orang Indonesia, mesti makan nasi, tiada nasi, kita mahu makan apa?,” katanya.

Jokowi memaklumkan, bekalan beras negara ketika ini adalah sebanyak 1.6 juta tan dengan beras import dianggarkan 400,000 tan.

Jelas beliau, jumlah stok beras akan ditambah dari semasa ke semasa sehingga keadaan stabil.

“Fenomena El Nino yang berlaku di seluruh dunia menjejaskan pengeluaran beras dan harganya menjadi mahal sekali.

“Kita harap keadaan kembali stabil tidak lama lagi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN