Israel sekat import ke Gaza, dakwa wujud cubaan seludup letupan

Israel sekat import ke Gaza, dakwa wujud cubaan seludup bahan letupan

RAKYAT Palestin menyertai protes menentang sekatan Israel ke atas Gaza di sempadan Kerem Shalom di Rafah.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Ketua tentera Israel mengarahkan penggantungan semua import ke Gaza selepas dakwaan wujud cubaan menyeludup bahan letupan di kawasan berkenaan.

Kementerian pertahanan dalam satu kenyataan berkata, pegawai tentera yang mengawal lintasan antara Israel dan kawasan Palestin mengesan beberapa kilogram bahan letupan berkualiti tinggi tersembunyi dalam penghantaran pakaian oleh tiga trak di pintu sempadan Kerem Shalom.

Ketua Kakitangan Tentera, Herzi Halevi dengan kelulusan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant mengarahkan penghentian penghantaran komersial dari Gaza ke Israel dan membenarkan pelarasan keselamatan dibuat di pintu sempadan.

“Penghantaran akan disambung semula mengikut penilaian situasi seterusnya,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Israel tidak akan membenarkan sebarang pertubuhan mengambil kesempatan daripada kemudahan awam dan kemanusiaan untuk tujuan keganasan.

Semenanjung Gaza berada di bawah sekatan melampau Israel sejak kumpulan Hamas merampas kuasa di kawasan berkenaan pada 2007.

Sempadan Kerem Shalom adalah satu-satunya pintu masuk untuk barangan keperluan dan perkembangan tersebut berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di Tebing Barat.

Keganasan di kawasan berkenaan dilaporkan melonjak dan meragut sekurang-kurangnya 225 nyawa rakyat Palestin sepanjang tahun ini.

Sekurang-kurangnya 32 warga Israel, seorang rakyat Ukraine dan seorang lagi warga Itali turut terbunuh, berdasarkan sumber rasmi kedua-dua pihak.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN