Gempa kuat 6.0 gegar New Zealand - Utusan Malaysia

Gempa kuat 6.0 gegar New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Gempa bumi kuat dengan magnitud 6.0 menggegarkan South Island, New Zealand pagi tadi.

Menurut laman web Geonet, pusat gempa yang melanda pada pukul 9.14 pagi (waktu tempatan) terletak 124 kilometer (km) di barat Christchurch pada kedalaman 11km.

Menerusi laman web itu, kira-kira 14,000 orang dilaporkan merasai gempa bumi itu.

Terdapat sekurang-kurangnya 37 gegaran susulan dan kesan keretakan kelihatan di dinding bangunan termasuk Mt Somers General Store berikutan gempa itu.

New Zealand terletak dalam Lingkaran Api Pasifik, lokasi plat tektonik berlanggar, menyebabkan negara itu sering mengalami aktiviti seismik serta gunung berapi yang kerap.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN