Gempa bumi kuat Maghribi: Hampir 300 nyawa terkorban - Utusan Malaysia

Gempa bumi kuat Maghribi: Hampir 300 nyawa terkorban

PENDUDUK mengambil keputusan berjaga dan tidur di kawasan lapang susulan gempa bumi kuat di Marrakesh, Maghribi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARRAKESH, MAGHRIBI: Gempa bumi kuat menggegarkan Maghribi lewat malam tadi dan mengorbankan hampir 300 nyawa, menurut kiraan awal agensi kerajaan.

Penduduk yang ketakutan bertindak melarikan diri dari rumah mereka.

Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud itu melanda kawasan tumpuan pelancongan di Marrakesh pada pukul 11.11 malam (waktu tempatan), lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran kuat turut dirasai di Rabat, Casablanca dan Essaouira.

“Kami merasakan gegaran yang sangat kuat, dan saya menyedari ia adalah gempa bumi.

“Saya dapat melihat bangunan bergerak. Kemudian saya keluar, orang ramai terkejut dan panik. Kanak-kanak menangis ketakutan.

“Bekalan elektrik terputus selama 10 minit, begitu juga rangkaian (telefon). Semua orang memutuskan untuk tinggal di luar,” kata Abdelhak El Amrani, 33, di Marrakesh, kepada AFP.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, gempa bumi mengorbankan 296 nyawa di Al-Haouz, Marrakesh, Ouarzazate, Azilal, Chichaoua dan Taroudant.

Seramai 153 orang lagi cedera. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN