Gempa bumi kuat Maghribi: Angka kematian meningkat 820 orang - Utusan Malaysia

Gempa bumi kuat Maghribi: Angka kematian meningkat 820 orang

PENDUDUK melalui kawasan perumahan yang terjejas akibat gempa bumi di Marrakesh. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARRAKESH, MAGHRIBI: Kementerian Dalam Negeri Maghribi memberitahu, angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda negara ini lewat malam tadi meningkat kepada 820 orang.

Seramai 672 lagi dilaporkan cedera.

Sementara itu, pemimpin-pemimpin dunia menzahirkan ucapan takziah kepada Maghribi susulan gempa bumi bermagnitud 6.8 itu.

Dr. Hesham Kharmoudi memberitahu Al-Jazeera, bilangan yang cedera mungkin bertambah.

Katanya, pasukan perubatan berdepan masalah kekurangan bekalan darah dan meminta pelbagai pihak menderma darah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN