14 maut nahas pesawat di Amazon

14 maut nahas pesawat di Amazon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya 14 orang maut selepas sebuah pesawat terhempas di Amazon, Brazil.

Menurut pihak berkuasa, pesawat itu terhempas ketika cuba mendarat dalam cuaca buruk di bandar Barcelos, sehingga menyebabkan tiada mangsa yang terselamat dalam nahas tersebut.

Setiausaha keselamatan negeri Amazon, Vinicius Almeida berkata, ketika kejadian, juruterbang pesawat itu dikatakan sedang menghampiri bandar terpencil ketika hujan lebat, dengan jarak penglihatan yang rendah dan kelihatan secara tidak sengaja mula mendarat di tengah-tengah landasan.

Katanya, pesawat itu terlanjak landasan lalu terhempas sehingga mengakibatkan kesemua penumpang dan anak kapal terbunuh.

Jelas beliau, mangsa terdiri 12 penumpang dan dua anak kapal yang terbunuh dalam nahas itu.

Sementara itu, kerajaan negeri dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan awal menunjukkan kesemua penumpang adalah warga Brazil yang melakukan perjalanan ke rantau itu untuk melakukan aktiviti memancing.

“Pasukan kami sudah berada di lokasi kejadian selepas nahas itu berlaku untuk memberi sokongan yang diperlukan.

“Doa dan ingatan saya kepada keluarga dan rakan mangsa,” kata Gabenor Wilson Lima di laman aplikasi X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Laman berita G1 melaporkan, pesawat berkenaan merupakan jenis EMB-110, turboprop enjin berkembar yang dihasilkan oleh pengeluar kapal terbang Brazil, Embraer.

Pesawat itu dalam perjalanan dari ibu negeri Manaus ke Barcelos, penerbangan selama kira-kira 90 minit. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya