10 pelajar 'dirasuk' ketika menari di pameran Salatiga

10 pelajar ‘dirasuk’ ketika menari di pameran Salatiga

ANGIN kencang merosakan khemah pengunjung di pameran produk inovasi di UIN Salatiga.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seramai 10 penari dilaporkan berdepan insiden aneh seakan ‘dirasuk’ ketika membuat persembahan di pameran produk inovasi di padang Universiti Islam Negeri (UIN) Salatiga kelmarin. 

Menurut Ketua Balai Polis Sidorejo AKP Sugiyarta, kawasan tapak pameran produk inovasi Salatiga Multi Event 2023 yang dipukul angin kencang secara tiba-tiba turut mengejutkan ramai pengunjung.

Beliau berkata, dua buah khemah yang menempatkan pengunjung rosak selepas diterbangkan angin namun tiada kecederaan dilaporkan.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang (waktu tempatan). 

“Ketika sedang membuat persembahan tarian tradisional, berlaku insiden kerasukan melibatkan kira-kira 10 pelajar. Mungkin kerana penat, jadi tidak dapat fokus.

“Tetapi kejadian penari yang dirasuk itu tidak berpanjangan kerana ada yang tampil dan berjaya mengawal keadaan. Selepas keadaan kembali tenang, semua pelajar itu dibawa berehat,” kata Sugiyarta kepada Kompas.com.

Sugiyarta berkata, insiden itu bagaimanapun tidak menjejaskan penganjuran pameran tersebut yang kembali diteruskan selepas keadaan reda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN