Tular pelajar perempuan pegang 'airsoft gun' di sekolah - Utusan Malaysia

Tular pelajar perempuan pegang ‘airsoft gun’ di sekolah

GAMBAR yang tular menunjukkan beberapa pelajar perempuan di sebuah sekolah pondok di Magetan, Jawa Timur memegang senapang airsoft. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pengurus Sekolah Pondok Baitul Qur’an Al Jahra di Magetan, Jawa Timur memohon maaf berikutan tular satu gambar yang menunjukkan beberapa pelajar perempuannya memegang senapang airsoft (airsoft gun).

Isgianto mengesahkan gambar itu diambil di sekolah pondok berkenaan dan semua gadis itu adalah pelajarnya.

Katanya, pengurusan sekolah pondok itu membenarkan aktiviti kokurikulum menembak menggunakan senapang airsoft untuk para pelajar.

“Aktiviti itu diperkenalkan kepada para pelajar baharu dan menjadi satu daripada aktiviti kokurikulum di sekolah pondok kami.

“Kami memohon maaf kerana gambar yang tular itu mencetuskan kebimbangan dan banyak soalan daripada pelbagai pihak.

“Kami sepatutnya meminta kebenaran daripada pihak berkuasa dahulu untuk memperkenalkan aktiviti itu di sekolah,” katanya.

Isgianto memaklumkan, mereka sebelum ini menerima tawaran daripada syarikat PT Airsoft Pelajar Indonesia untuk menggunakan senjata tiruan itu sebagai aktiviti menembak di sekolah.

Namun, pengurusan sekolah enggan meneruskan aktiviti itu dan akan mengadakan rundingan dengan polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya