Rasuah: Harta bekas Menteri Minyak Iraq dirampas - Utusan Malaysia

Rasuah: Harta bekas Menteri Minyak Iraq dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Pihak berkuasa kehakiman Iraq mengeluarkan perintah supaya merampas harta bekas menteri minyak negara itu, Ihsan Abdul-Jabbar Ismail, atas tuduhan salah guna jawatan dan penipuan, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Iraq (INA).

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati Ismail menyalahgunakan kedudukannya dan menerima rasuah daripada beberapa pelabur yang mempunyai kontrak dengan Kementerian Minyak.

Ismail berkhidmat sebagai menteri minyak pada 2020 di bawah kerajaan bekas perdana menteri Mustafa al-Kadhimi.

Sebelum itu, beliau adalah ketua pengarah Basra Oil Company milik kerajaan.

Menurut laporan media awal tahun ini, badan kehakiman Iraq telah meneliti dakwaan rasuah terhadap Ismail, termasuk penyitaan dan penjualan haram tanah milik kementerian di Baghdad dan Basra, serta dakwaan beliau telah menuntut bayaran daripada firma asing sebagai pertukaran untuk pemberian kontrak. warta

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya