Presiden Palestin, ketua Hamas sedia tubuh jawatankuasa keamanan - Utusan Malaysia

Presiden Palestin, ketua Hamas sedia tubuh jawatankuasa keamanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan ketua biro politik Hamas Ismail Haniteh pada Khamis bersetuju untuk menyegerakan penubuhan jawatankuasa bagi membincangkan prospek keamanan di Palestin.

Menurut kenyataan Hamas, Haniyeh dan Abbas berbincang melalui telefon susulan keputusan yang dicapai pada mesyuarat kumpulan Palestin di peringkat setiausaha agung di Al-Alamein, Mesir pada 30 Julai lepas.

Pada mesyuarat itu, kedua-dua pihak bersetuju menyegerakan penubuhan jawatankuasa susulan antara kumpulan yang akan membincangkan semua perkara relevan, lapor Agensi Anadolu.

Pada 27 Julai, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengadakan pertemuan tertutup dengan Abbas dan Haniyeh.

Erdogan berkata Turkiye menyambut baik rakyat Palestin menyelesaikan perselisihan sesama mereka.

Ankara menyokong kuat penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin, termasuk penubuhan negara Palestin dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya