Pihak berkuasa jumpa 10, 20 mayat sehari di Maui - Utusan Malaysia

Pihak berkuasa jumpa 10, 20 mayat sehari di Maui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONOLULU: Pasukan penyelamat memaklumkan, mereka akan menemukan 10 hingga 20 mayat mangsa kebakaran hutan di Hawaii, Amerika Syarikat (AS), setiap hari.

Gabenor tempatan, Josh Green berkata, setakat Ahad lalu, jumlah kematian meningkat kepada 100 orang sekali gus menjadikannya tragedi kebakaran hutan AS paling maut dalam tempoh lebih satu abad.

Katanya, pihak berkuasa mungkin memerlukan masa sehingga 10 hari bagi mengetahui jumlah sebenar kematian.

“Jumlah mangsa hilang, kira-kira 1,300 orang.Hampir keseluruhan bandar Lahaina musnah dalam kebakaran itu.

“Tiada apa yang dapat dilihat kecuali kemusnahan teruk,” katanya kepada CBS News.

Beliau berkata, pasukan penyelamat mungkin akan menemui lebih ramai lagi mangsa dan ia akan mengambil masa untuk mengenal pasti mereka.

“Buat masa ini, memang sukar mengenali mana-mana mangsa yang ditemukan,” ujarnya.

Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (Fema) memaklumkan, pasukan penyelamat menggunakan anjing pengesan untuk mencari dan mengesan mangsa.

“Sebanyak 10 anjing pengesan dikerahkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Fema dalam misi ini.

“Beberapa juga dihantar dari Jabatan Bomba California Selatan,” kata agensi itu kepada CNN.

Pentadbir Fema, Deanne Criswell, enggan memberikan anggaran tepat tempoh misi mencari dan pemulihan berikutan keadaan amat berbahaya.

Kebakaran di Lahaina masih marak dan kira-kira 85 peratus kebakaran berjaya dikawal, menurut pegawai Maui County.

Punca kebakaran bermula masih belum dapat dipastikan, walaupun satu saman difailkan terhadap pembekal elektrik terbesar Hawaii, Hawaii Electric yang mendakwa talian kuasa syarikat terputus hingga menyumbang kepada kebakaran hutan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya