Penyokong maut ditikam sebelum perlawanan bola sepak

Penyokong maut ditikam sebelum perlawanan bola sepak

UPACARA memperingati penyokong kelab bola sepak AEK Athens yang maut ditikam di luar stadium Nea Filadelfeia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Seorang penyokong bola sepak Greece maut ditikam dalam pergaduhan tercetus antara kumpulan penyokong dua kelab pesaing di sebuah stadium di pinggir Athens.

Menurut polis, sekurang-kurangnya 96 orang ditahan dalam kejadian itu.

Katanya, mangsa yang berusia 22 tahun dikejarkan ke hospital dari stadium, sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Pergaduhan itu tercetus pada petang Isnin menjelang perlawanan pusingan kelayakan ketiga Liga Juara-Juara UEFA antara AEK Athens menentang kelab Croatia, Dinamo Zagreb.

“Insiden serius berlaku di luar Stadium Nea Filadelfeia. Seorang lelaki warga Greece maut ditikam dan enam lagi yang cedera sudah dibawa ke hospital,” kata polis.

Sekurang-kurangnya lapan orang cedera termasuk tiga warga Greece dan lima penduduk Croatia.

Berdasarkan laporan televisyen ERT, mangsa cedera termasuk seorang remaja bawah umur yang dikejarkan ke hospital selepas terkena batu yang dilemparkan.

Sementara itu, Kementerian Perlindungan Rakyat Greece mengesahkan sekumpulan penyokong dari kedua-dua kelab bergaduh berhampiran stadium.

Jelasnya, kumpulan penyokong itu melempar bom tangan, batu dan beberapa barangan lain, selain turut membawa kayu pemukul.

Menurut kementerian, rusuhan itu berlaku lebih sejam selepas pasukan bola sepak selesai melakukan latihan dan meninggalkan stadium dengan kawalan polis.

Agensi berita Greece, ANA melaporkan kertas siasatan sudah dibuka dan individu yang ditahan akan dihadapkan di mahkamah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya