Palestin rekod penularan varian baharu Covid-19, EG.5 - Utusan Malaysia

Palestin rekod penularan varian baharu Covid-19, EG.5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan, seramai 50 hingga 100 kes varian baharu EG.5 Covid-19 dilaporkan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, lapor Xinhua.

“Terdapat beberapa kes pesakit dimasukkan ke hospital dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan,” kata Pengarah Kesihatan Kamal al-Shakhra.

Al-Shakhra berkata, mereka yang paling berisiko dijangkiti ialah warga emas dan yang menghidap penyakit kronik.

Jangkitan itu berlaku ketika cuti musim panas, katanya.

Beberapa hari lepas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan penyebaran varian Omicron baharu EG.5 dengan mengklasifikasikannya sebagai “varian yang menjadi perhatian”.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya