Jokowi ajak masyarakat rajin pakai kebaya

Jokowi ajak masyarakat rajin pakai kebaya

JOKO Widodo dan isterinya, Irina menghadiri majlis Istana Berkebaya di Istana Merdeka, Jakarta. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengajak masyarakat di negara ini supaya lebih kerap menggayakan kebaya yang melambangkan identiti dan semangat Indonesia.

Jokowi berkata demikian semasa menghadiri majlis Istana Berkebaya di Istana Merdeka, kelmarin.

Katanya, pemakaian kebaya perlu diberi nafas baharu oleh semua lapisan masyarakat supaya rakyat terus berpegang kepada karakter dan keperibadian Indonesia.

“Kebaya memberi jiwa kepada semua penduduk Indonesia, khususnya kepada golongan wanita di negara ini.

“Menerusi kebaya, wanita negara ini kelihatan anggun, lemah lembut, sopan dan bersahaja.

“Pemakaian kebaya bukan hanya untuk majlis keramaian dan tertentu sahaja, malah, setiap daerah juga mempunyai gaya kebaya yang berbeza, maka mari kita sama-sama menghayati kesenian kebaya,” katanya.

Jelas Jokowi, antara kebaya yang menonjolkan budaya Indonesia adalah kebaya Sunda, kebaya Jawa, kebaya khas Kalimantan dan kebaya Sulawesi serta Surabaya.

Beliau turut memuji program peragaan kebaya yang dilakukan di Jakarta baru-baru ini.

Katanya, proses inovasi boleh memperkasakan khazanah kebaya Indonesia.

“Kita ini orang Indonesia, orang Nusantara, jadi kenapa perlu malu memakai kebaya?

“Kita sepatutnya berbangga dengan pakaian kita yang melambangkan keunikan kita,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya