Demi jadi Spiderman, budak sanggup digigit labah-labah

Demi jadi Spiderman, budak sanggup digigit labah-labah

KESAN gigitan labah-labah di belakang tapak tangan kanak-kanak itu. - AGENSI    
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LA PAZ: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan di hospital selepas sanggup membiarkan dirinya digigit spesies labah-labah berbisa untuk menjadi adiwira kegemarannya, Spiderman.

Lapor Oddity Central, budak lelaki itu digigit spesies labah-labah black widow.

Insiden itu berlaku di perbandaran Vichuloma berhampiran bandar Oruro di tengah Bolivia.

Ketika kejadian, kanak-kanak itu dilaporkan sedang bermain berhampiran sungai dekat rumahnya apabila menemukan seekor labah-labah black widow  tersembunyi di bawah sebuah batu besar.        

Tanpa menyedari kesan gigitan labah-labah berbisa itu, dia meletakkan serangga araknid di belakang tapak tangannya dengan harapan untuk digigit.   

Setelah pulang ke rumah, kanak-kanak itu mula mengalami gejala seperti sakit badan dan kekejangan otot yang teruk.

“Budak itu pada mulanya tidak memberitahu sesiapa mengenai gigitan labah-labah itu namun selepas tiga jam kesakitan, barulah dia memaklumkan kepada ibu bapanya.

“Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke sebuah klinik kesihatan di bandar berdekatan sebelum dipindahkan ke Hospital Besar Juan de Dios di Oruro.

“Selepas mengenal pasti spesies labah-labah itu, pasukan doktor memberikan ubat penawar yang betul kepada budak berkenaan.

“Keadaan kanak-kanak itu menjadi stabil kira-kira 30 minit kemudian,” jelas laporan itu.

Ibu kanak-kanak itu mengakui anak lelaki merupakan peminat tegar filem Spiderman namun dia tidak menyangka anaknya sanggup melakukan tindakan yang membahayakan dirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN